Sulit
2 tahun
Positif covid dan anak negetif
hai . saya wanita berumur 27tahun dan positif covid . saya kuarantin dan jauhkan diri drpd anak dari 7.10 sehingga 17.10 . anak saya negetif dan pada hari k10 iaitu 17.10 saya balik rumah dan menyusu kan dia . semasa sy kuarantin anak bersama ibu saya kerana mereka negetif . soalan saya adakah virus tersebut akan berjangkit kpda anak sy pada hari k10 . sb anak tidur dgn saya sambil menyusu . anak berumur 7 bulan .
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui jika anda boleh menyebarkan virus kepada bayi anda apabila menyusu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kajian menunjukkan bahawa kadar kebolehjangkitan virus Covid-19 akan menjadi rendah selepas hari ke-10. Oleh itu, mungkin anda anda tidak akan terjangkit daripada anda. Namun, kami menasihatkan anda untuk memantau tahap kesihatan anda dan anak anda. Jika bergejala, sila rujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini