
Sulit
3 tahun
Positif covid19- Demam, pening kepala dan sakit gigi
Saya wanita berumur 26 tahun, self swab ketika demam dan mendapati keputusan positif kerana close contact dengan ibu dan adik2 yg positif kuarantin di rumah. Sebelum demam panas, kepala saya merasa amat berat dan hilang fokus untuk bekerja, malamnya badan terus panas dan sakit kepala seperti bergerak ke kiri dan kanan sepanjang malam itu. Keseluruhan badan dan sendi amat sakit sehingga x senang duduk. Anehnya, kedua-dua bahagian gigi/gusi bawah pada kiri dan kanan amat sakit dan lenguh, begitu juga terasa berdenyut di pipi sehingga 3 hari. Pada hari ketiga, demam dan sakit badan telah berkurang, hanya batuk, selesema dan sakit gigi, pipi seperti yang saya nyatakan… mohon panduan berkenaan masalah ini dan cadangan ubatan yang perlu diambil.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya ujian Covid kendiri anda adalah positif, anda perlulah kemas kini status anda dalam app MySejahtera, maklumkan diri kepada jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 untuk kenal pastikan status anda serta dapatkan arahan dan rawatan terkini.
Selain itu, Covid 19 adalah jangkitan virus, dan kebanyakan ubat tidak berkesan pada jangkitan virus. Biasanya doktor anda akan memberikan ubat tahan sakit seperti panadol dan rawatan lain untuk mengawalkan gejala sahaja, terapi sokongan.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk atau tidak sembuh, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link in untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini