Sulit
4 tahun
Prednisolone 5mg untuk alergik
Saya ada masalah alergik pada bibir dan 2 hari lepas saya ada ke klinik kesihatan dan Dr memberikan saya ubat prednisolone 5mg untuk diambil 3 biji sekali sehari. Soalan saya, boleh ke saya ambil ubat tersebut selepas 14 hari menerima vaksin pfizer untuk covid19?
Dan Dr cuma memberikan ubat itu untuk tempoh 5 hari jadi selepas 5 hari saya boleh berhenti dari mengambil ubat tersebut?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda akan kesan sampingan ubat prednisolone selepas menerima vaksin COVID-19. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Sebaiknya, anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui kesan sampingan ubat tersebut dengan lebih teliti, supaya kelak anda tidak akan mengalami alahan ataupun reaksi terhadap vaksin tersebut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.




























