
Sulit
3 tahun
Pregnant 20weeks boleh ke cabut gigi guna bius. sy seorang yang memakai braces
Salam sejahtera… saya fatin berumur 29tahun…saya nak tanya. sy memakai braces pada bulan 1 2021 ketika itu tidak pregnant lagi. bulan kedua sy disahkan hamil. pemakaian braces kena cabut 2gigi untuk betulkn kedudukan gigi. ikutkan doc gigi yang saya checkup dia mengatakan trismester kedua baru boleh cabut… sekarang ni saya masih takut2 penggunaan bius untuk cabut gigi tu terhadap kandungan saya…ada side effect ke untuk penggunaan bius itu terhadap kandungan saya berusia 20minggu ini? bahaya atau tak? saya nak kepastian doctor dari forum ini. terima kasih doctor sudi menjawab.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang rawatan cabut gigi dan bius, ketika anda sedang hamil (20 minggu). Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kajian yang terperinci dan teliti telah mengesahkan bahawa penggunaan bius bagi rawatan mencabut gigi adalah selamat bagi wanita hamil.
Namun begitu, ekstraksi atau cabutan gigi pada wanita hamil harus diteruskan kecuali mereka mempunyai kontraindikasi yang telah di nilai oleh seorang pakar gigi.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh menerangkan dengan lebih lanjyt atau merujuk ke pakar gigi sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Orthodontist.