
Anonymous
5 tahun
Pregnant - belum cek
xcek lagi tapi prt dah besar dan symptom yang ketara mengandung dah ada cuma nak cek rasa takut. demam pening kepala tapi saya ada gastrik yang teruk dan skg rsa sam mcm gastrik, tapi saya dah xdtg bulan lebih sebulan dan loya yang amat teruk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Kami faham akan kebimbangan anda terhadap kehamilan anda. Ujian kehamilan air kencing merupakan prosedur yang mudah dan tidak invasif. Ia boleh dilakukan di rumah ataupun klinik/hospital. Jadi saya sarankan untuk anda melakukan ujian kehamilan tersebut untuk pastikan yang anda hamil ataupun tidak.
Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
-Tidak datang haid
-Keletihan
-Mual
-Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
-Payudara yang sakit dan semakin membesar
-Sembelit
-Kekejangan
-Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
-Perubahan emosi atau mood
-Mengidam pelbagai jenis makanan
-Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
-Peningkatan berat badan
-Sakit kepala
-Sakit belakang
-Pening
-Kerap membuang air kencing
-Bengkak pada kaki (edema)
-Kesukaran untuk tidur
-Pedih ulu hati
-Kontraksi yang sederhana
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami “morning sickness” semasa mengandung anak pertama anda tetapi tidak semasa anda mengandung kali kedua. Gejala kehamilan awal bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan anda. Banyak tanda-tanda ini juga berkaitan dengan keadaan kesihatan yang lain, termasuk sindrom pramenstruasi (PMS).
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih