
Sulit
4 tahun
Pregnant & on Sertraline
Selamat pagi Dr. Saya 7 weeks pregnant & dalam masa yg sama sya masih diarahkan oleh Dr maternity saya utk teruskn consume ubat Sertraline 25mg tiap hari. Sya nk tanya Dr, adakah ubat sertraline ne akan memberikan apa apa kesan sampingan kepada pertumbuhan bayi saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham tentang kemusykilan dan kerisauan anda terhadap kandungan anda kerana anda mengambil Sertraline.
Untuk menjawab soalan anda, tiada bukti kukuh yang menyatakan Sertraline dapat memberi kesan sampingan terhadap kandungan sekiranya anda mengambil Sertraline. Tetapi anda dinasihatkan untuk memantau kesihatan diri anda dan kandungan anda dan juga memaklumkan kepada doktor bahawa anda mengambil Sertraline sekiranya anda bertukar doktor.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi doktor-doktor kami yang bertauliah di (DoctorOnCall). Sekian terima kasih.