
Sulit
5 tahun
Pregnant pertama kali
Saya berumur 25 thun dan disahkan hamil 3 bulan , sy mngalami masalah susah nk terima susu tepung . Any suggestions of milk yg sy bole minum untuk kandungan sy ? Fresh milk or full cream ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pengambilan susu segar, walaupun sudah melalui kawalan di kilang masih mempunyai risiko rendah untuk jangkitan Listeriosis. Tambahan pula, sesetengah orang mempunyai alahan pada susu segar. Anda boleh mengambil susu krim penuh atau krim skim kerana susu-susu ini sudahpun dipasteur (dibunuh kuman pada suhu tinggi). Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan kehamilan atau pengambilan makanan tambahan ketika hamil anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.