
Sulit
4 tahun
Pregnant test kehamilan pada usia awal
Saya ingin bertanya mengenai usia kandungan saya …sudh sebulan saya x datang haid saya try test pregnant test hasil nya positif tpi masih kabur2 lagi…jdi mcm mana toe doktor ? Boleh bagi penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ujian kehamilan anda boleh menunjukkan:
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Anda boleh menguji air kencing anda semula selepas 1-2 hari dengan mengikuti rapi arahan yang tertera pada pek kit ujian kehamilan anda. Sekiranya keputusan masih meragukan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.