
suhaili.padil
5 tahun
Prosedur yg sy perlu lakukan untuk self-quarantine dan perlukah sy mendapatkan surat pengesahan Doktor untuk diberikan kepada majikan?
Hi doktor, sy berumur 32 tahun dan tidak mempunyai sebarang sejarah masalah kesihatan. Pada 9-13/3, sy telah melancong ke Hua Hin, Thailand. Sepanjang di Hua Hin, sy memakai mask muka dan sentiasa mencuci tangan dan menjaga kebersihan. Sy tidak mempunyai sebarang simptom covid-19, namun sy ingin menjalankan self-quarantine sekembalinya ke Malaysia. Apakah prosedur yg sy perlu lakukan untuk self-quarantine? Dan perlukan sy mendapatkan surat pengesahan Doktor untuk diberikan kepada majikan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan. Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk pengetahuan anda, mengikut garis panduan kuarantin dilakukan untuk individu yang
- Tidak ada simptom tetapi merupakan kontak rapat kepada individu yang disahkan positif COVID-19
- Patient under investigation
- Individu yang mengalami simptom serta mempunyai sejarah pulang dari negara yang berisiko tinggi (China, Korea, Jepun, Itali, Iran)
- Individu yang mengalami simptom serta mempunyai sejarah kontak kepada individu yang disahkan postif COVID-19
Anda digalakkan untuk mengamalkan langkah seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, untuk melakukan pencegahan dari virus:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Akan tetapi, anda dinasihatkan untuk sentiasa memantau kesihatan anda. Sekiranya anda mengalami gejala, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Selain itu anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Diharap jawapan saya dapat sedikit sebanyak membantu anda. Terima kasih dan selamt pulan ke Malaysia.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini