Sulit
3 tahun
Punca sakit dada dn sakit belakang
Sblm ne sy ada tyroid…tp thp tyroid sy normal…saat ini sy tdk selesa dibahgian dada dn belakang.Apakah pnyebabnya?adakah ia brkaitan dgn tyroid saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, memang benar penyakit tiroid boleh menyebabkan sakit dada. Hal ini kerana pesakit tiroid mengalami kadar degupan jantung yang tinggi dan tidak stabil dan menyebabkan jantung berdegup dengan kuat sekaligus sakit dada berlaku.
Namun begitu, saya tidak menolak kemungkinan lain yang boleh menyebabkan sakit dada seperti:
- Penyakit kegagalan jantung terseumbat ( Congestive Heart Failure )
- Sindrom akut koronari ( Acute coronary syndrome )
- Jantung bengkak
- Keradangan pada jantung yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau demam reumatik
- Penyakit hati atau kegagalan hati (badan akan kekuningan)
- Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
- Penyakit darah tinggi atau kencing manis
- Salur darah kaki tersumbat ( Deep vein thrombosis )
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit jantung dari lahir seperti jantung berlubang
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sekiranya gejala sakit dada yang anda alami berpanjangan dan disertai gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Sesak nafas
- Kebas tangan, lengan dan rahang
- Muntah
- Sakit yang sering berulang
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.