
Sulit
5 tahun
Pusat berdarah, pedih, berbau
salam sejahtera, umur 23 saya nak tanya…petang tadi saya baru sedar yang pusat saya berair dan berdarah…berbau busuk…saya cuci dgn kain memang terdapat kemerahan darah dan berair…selepas 30 minit saya cuci terdapat sedikit kemerahan dan berair…selepas 30 minit lagi saya bersihkan dgn kain…terdapat kurang kemerahan dan berair pun sedikit…so saya nak tanya kenapa boleh terjadi mcm tu sedangkan tidak ada rasa apa2 sakit bahagian perut…terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan anda, ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor:
- trauma
- jangkitan kuman pada pusat
- masalah keradangan
- pilonidal sinus
- kanser metastatik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.