
Sulit
3 tahun
Pusat mengeluarkan bau tidak menyenangkan
Sejak baru2 ni pusat saya asyik berair…ketika saya membersihkannya ia mengeluarkan tahi berwarna kelabu gelap…adakah saya perlu mendaptkan rawatan atau boleh cure sendiri?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala pusat berair. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Gatal yang digaru kemudian tercedera
- Memandangkan sesetengah orang mempunyai pusat yang ke dalam, maka mudah untuk kotoran berkumpul dan mendapat jangkitan
- Nanah pada bahagian dalam pusat
- Gigitan serangga
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.