
Sulit
3 tahun
Puting besar sebelah dan mengeluarkan cecair jernih
HI DOC’ SAYA BERUMUR 16 TAHUN MENGALAMI PUTING YANG MEMBESAR SEBELAH SEAKAN ADA KETULAN DIDALAMNYA . APABILA SAYA MEMICIT AKAN MENJADI SAKIT DAN MENGELUARKAN CECAIR YANG JERNIH DAN TIDAK BERBAU . BOLEH DOC JELASKAN ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Kami memerlukan maklumat lanjut seperti saiz, tekstur dan sebagainya pada benjolan tersebut. Hal ini kerana, setiap daripada penyakit diatas mempunyai rupa yang berbeza.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.