
Sulit
4 tahun
Puting keluar cecair jernih & melekit
Saya sedang hamil anak pertama dan usia kehamilan saya 15 minggu. Saya dapati puting saya berasa gatal & keluar cecair jernih & melekit…
Soalan saya, adakah perkara ini normal untuk ibu yang sedang hamil?
Soalan kedua, apa tindakan yang perlu saya buat untuk atasi perkara ini?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit akibat kulit tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia ( noncyclical )
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Gangguan puting susu
Namun ia juga boleh menandakan perubahan fisiologi wanita hamil atau sebaliknya gangguan yang lebih serius seperti tanda-tanda awal neoplasma.
Justeru itu, walaupun gejala yang dialami mungkin tidak terlalu mengganggu anda buat masa ini, anda tetap memerlukan pemeriksaan lebih teliti dan menyeluruh oleh doktor berkenaan keadaan puting tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.