Sulit
3 tahun
Puting payudara tidak timbul
Hi, anak saya umur 5 tahun ada isu puting tidak timbul. Waktu bayi ibu saya permah memicit puting anak saya dan hingga kini puting sebelah kanan masih tidak timbul. Waktu itu saya tidak tahu yang memicit puting anak itu salah. Jadi apa gang saya harus buat.adakah normal atau saya perlu rujuk pakar Kerana saya risau ianya akan mengakibatkan puting anak saya tidak normal
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kemungkinan puting bayi yang tidak timbul tersebut mungkin disebabkan oleh perkara yang tidak perlu dibimbangkan dan mungkin kesan daripada gejala menekan puting pada waktu bayi. Ia tidak menandakan apa-apa penyakit yang serius dan jika anda merisaukan tentang penyakit payudara, ia adalah mustahil kerana anak anda belum lagi akil baligh dan penyakit payudara ini hanya berlaku selepas akil baligh.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk usah merasa bimbang terhadap perkara ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.