Sulit

3 tahun

Rabun jauh dan keinginan untuk tidak lagi memakai cermin mata

Saya seorang remaja berusia 18 tahun sudah memakai cermin mata sejak umur 9 tahun. Namun, saya telah memikirkan yang saya ingin tidak lagi memakai cermin mata. Saya mempunyai masalah rabun jauh. Soalan saya, apakah saya boleh untuk tidak lagi memakai cermin mata dan menggantikannya dengan cara lain yang boleh merawat masalah rabun?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Untuk makluman anda, masalah rabun boleh disebabkan oleh sama ada keturunan atau faktor-faktor lain seperti kecederaan pada mata, tekanan darah tinggi, dan juga penggunaan mata yang tidak sihat seperti menghadap gajet atau membaca pada persekitaran gelap.

Rabun terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

  • Rabun jauh
  • Rabun dekat
  • Presbyopia : rabun ketika berumur
  • Astigmatism : rabun kedua-duanya atau rabun hanya separuh daripada penglihatan (tompok-tompok kabur)

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memperbaiki masalah rabun ialah:

  • Memakai cermin mata
  • Memakai kanta lekap
  • Melakukan pembedahan mata seperti LASIK ( Laser-assisted in situ keratomileusis ) dan Refractive Lens Exchange Surger
  • Mengawal penyakit kronik anda (jika ada) seperti diabetes, tekanan darah tinggi.
  • Elakkan kecederaan.
  • Kurangkan pendedahan UV pada mata dan mendapatkan pengcahayaan yang sesuai.
  • Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pada pendapat kami, pembedahan LASIK adalah pembedahan yang dikenali serta mempunyai penggunaan luas di semua masyarakat umum.
Masalah rabun boleh dihadapi oleh semua jangka umur. Sekiranya kerabunan dialami pada waktu usia muda (8-18 tahun) ia boleh disebabkan oleh keturunan. Golongan emas juga lebih tercederung untuk mengalami kerabunan pada waktu usia tua kerana lensa dalam mata boleh mengeras mengikut umur, menyebabkan ia susah untuk mengawal jarak pandangan.

Untukk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

image%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (0)