Sulit
6 tahun
Rabun mata sebelah kanan
Saya wanita berumur 24 tahun. Menghadapi masalah rabun sebelah mata kanan. Masalah saya, saya kerap mengalami sakit kepala sebelah bahagian kdg kiri dan kdg kanan. Sakit kepala berlarutan lebih 3 hari, adakah itu disebabkan oleh rabun mata saya sebab saya hanya menggunakan mata kiri utk fokus imej semuanya. Fyi saya pakai cermin mata on off dan selalu tidak pakai krn pening.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan terbahagi kepada dua iaitu primer atau sekunder. Sakit kepala primer adalah merangkumi migrain, sakit kepala cluster , dan sakit kepala ketegangan.
Sakit kepala sekunder pula adalah simtom yang berlaku apabila keadaan lain merangsang saraf yang sensitif terhadap kepalanya. Pelbagai faktor yang berbeza boleh menyebabkan sakit kepala sekunder termasuk:
- sakit gigi
- influenza
- dehidrasi
- pendarahan di dalam atau di sekeliling otak
- keracunan karbon monoksida
- glaukoma
- tumor otak
Merujuk kepada keluhan rabun anda, seandainya gejala yang dialami terkait dengan penglihatan, adalah amat digalakkan untuk anda memeriksakan diri ke doktor pakar mata agar masalah penglihatan anda dapat diatasi. Hal ini kerana mungkin kacamata tersebut tidak sesuai ataupun tidak digunakan dengan benar.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


































