m.shakirzaini
4 tahun
Rahang sebelah kanan
Rahang sebelah kanan saya terlalu sakit semasa saya batuk atau semasa saya solat (sujud) dan lain2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit rahang yang anda alami boleh disebabkan:
- Radang tonsil - urat saraf berkait antara rahang dan tonsil
- Masalah dalaman telinga - seperti jangkitan kuman (otitis media) atau bengkak
- Sindrom TMJ (Temporo-Mandibular)
- Radang gusi - akibat jangkitan atau kecederaan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.