
qsy8086
4 tahun
Rambut gugur semakin botak
Hi Dr!, Saya lelaki 39 tahun nak tanya ubat Finasteride. Rambut bahagian depan kepala makin nipis, makin botak. Saya dah try macam2 produk. Ada yang nampak kesan, anak rambut ada tumbuh, tapi tak lama selepas tumbuh gugur semula. Saya tengok rambut2 yg gugur tu memang rambut kurus yang tak sihat.
Saya ada buat pembacaan sendiri, mungkin masalah saya disebabkan DHT dari testosterone yang sempitkan folikel rambut. Saya pasti ini bukan faktor keturunan kerana saya seorang saja yang mengalaminya setakat ini.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah hormon merupakan punca utama keguguran rambut
- penyakit autoimun
- jangkitan kulat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.