Anonymous
6 tahun
Rancang nak ade zuriat
Sy umur 32. Kahwin tahun leps march 2018. Pernah ambil pill hormones cina tahun 2017. Tak ambil lagi sejak tahun 2018… lepas kahwin saya ade family planning maksud saya gan suami tak bersetubuh lepas kahwin. Baru awal tahun ni sampai skrg nk rancang ade anak. Tapi setipa masuk bulan baru sy dtg haid… dtg bulan pon tak pena delay… ape agak nye saya mandul ke
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Anda boleh mengambil folic acid sebagai persediaan untuk kehamilan. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak perkara yang mempengaruhi kehamilan. Antaranya adalah:
- Kadar hormon : kadar hormon boleh dipengaruhi oleh berat badan dan tekanan
- Ovulasi : sesetengah penyakit boleh mempengaruhi ovulasi
- Gaya hidup : merokok boleh memberikan kesan negatif terhadap kehamilan
- Penyakit seperti endometriosis dan ketumbuhan boleh menyukarkan kehamilan
- Penggunaan kontraseptif seperti kontraseptif hormon atau alat kontraseptif dalam rahim.
- Tekanan emosi, masalah pemakanan kerana anoreksia atau bulimia, perubahan berat yang terlampau banyak atau senaman berlebihan.
- Kesan sampingan ubat seperti ubat tiroid, antiepileptik, antidepresan dan penipis darah.
Saya sarankan agar anda berbincang dengan doktor sakit puan bagi mendapatkan maklumat lanjut atau merancang kehamilan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































