Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
Saya wanita berumur 26thn dan laporan hba1c saya menunjukkan rata 5.4
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, bacaan HbA1C adalah untuk memberikan gambaran kepada pesakit kencing manis kepada kawalan gula mereka selama 3 bulan yang lepas. Ianya lebih tepat kerana doktor boleh melihat secara keseluruhan kawalan bacaan gula pesakit untuk tempoh 3 bulan secara keseluruhan. Bacaan yang normal adalah di bawah 6% dan ia menunjukkan yang pesakit mempunyai kawalan gula yang baik.
Antara yang disarankan kepada pesakit kencing manis ialah:
Jagaan kulit
Mandi setiap hari.
Keringkan seluruh bahagian tubuh.
Mandi setiap hari.
Keringkan seluruh bahagian tubuh.
Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari.
Jagaan kaki.
Penjagaan Gigi
Pemeriksaan mata secara berkala
Elakkan alkohol
Berhenti merokok
Mengawal pemakanan
Mengawal berat badan
Kerap bersenam
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.