
Sulit
5 tahun
Rasa bimbang secara tiba-tiba
Saya wanita berusia 20 tahun. Doktor bulan September lepas saya selsema dan batuk yang teruk tetapi selsema saya reda dalam seminggu tetapi batuk saya mengambil masa 2 bulan untuk reda dan sepanjang tempoh 2 bulan itu saya sangat bimbang tentang kesihatan saya kerana batuk yang tidak kunjung sembuh. Pada bulan December lepas saya rasa macam ada tersekat sesuatu ditekak for almost 2 minggu dan bila jumpa dengan doktor beritahu ini kemungkinan anxiety attack. Sekarang saya juga tiba-tiba rasa kerap menguap yang membuatkan saya bimbang dan distracted. Saya juga stress akan result exam saya dan saya selalu lambat tidur pada waktu malam sometimes tidak boleh tidur sampai pukul 3 atau 3.30 pagi. Doktor bagaimana saya nak kawal anxiety attack ni sebab saya hanya diserang anxiety attack ketika saya sakit secara tiba-tiba?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah kebimbangan (anxiety disorder)
- hormon tiroid yang berlebihan
- masalah jantung
Anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana diagnosis kebimbangan secara tiba-tiba hanya boleh diperoleh selepas anda mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor.
Rawatan adalah bergantung kepada jenis kebimbangan yang ada. Ia boleh dirawat secara terapi atau perubatan. Namun masalah kesihatan perlu dikecualikan sebelum anda dirawat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.