
Anonymous
5 tahun
Rasa cepat mengah dan penat
Saya berusia 35thn…telah menjalani pembedahan Laproscopic utk hiatus hernia repair pada 29/5/2019, masalah sy sekarang ialah sy cepat mengah walau sy tidak melakukan sebarang aktiviti berat…kenapa ye doktor?adakah disebabkan oleh asid reflux?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak tuan, terdapat kemungkinan gejala sesak nafas yang anda hadapi adalah merupakan kesan sampingan sementara pembedahan laparoscopic yang anda telah lalui. Ketika prosedur dilakukan, kawasan yang terlibat adalah berhampiran salah satu organ yang membantu pernafasan dinamakan diaphragma. Organ ini boleh terganggu ketika pembedahan dilakukan sekaligus menyebabkan gejala yang anda hadapi.
Selain itu, terdapat juga kemungkinan anda mengalami masalah asid refluks seperti yang anda nyatakan kerana salah satu komplikasi yang boleh berlaku selepas pembedahan hiatus hernia adalah asid refluks.
Sesak nafas yang anda alami juga berkemungkinan disebabkan oleh perkara lain seperti jangkitan pernafasan, janagkitan paru-paru dan radang paru-paru atau masalah jantung.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kembali kepada doktor anda bagi mengetahui punca sesak nafas ini. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.