Sulit
3 tahun
Rasa kurang selesa di bahagian pinggang kiri dan kanan
saya lelaki berumur 31 tahun…lepas buat checkup dalam air kencing saya ada kristal dan sdikit darah…tapi bila buat ct scan tiada jumpa batu karang…adakah batu karang yg kecik berbentuk kristal kadang² buat pinggang sy rasa tak selesa…kejap rasa belah kanan dan kejap belah kiri
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Karang di dalam salur kencing
- Masalah otot
- Masalah saraf
Batu karang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan menyebabkan kencing berdarah apabila ia menyekat aliran air kencing.
Pakar urologi dapat membantu anda dalam menangani masalah kencing berdarah.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami masalah sedemikian Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.