Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Rasa kuranh selesa di tangan kiri dan dada

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 16, 2020 2:53 AM

Sulit 2 bulan

Saya bujang ,umur 20 tahun . Saye sejak dua menjak ni tangan kiri saya kadang-kadang kebas dan rasa kurang selesa ,dada saya juga rasa tidak selesa, saya dah buat pemeriksaan di hospital ECG dan cek darah tetapi doktor beritahu normal apabila saya balik rumah keesokan harinya gejala yang saya sebutkan tadi muncul balik.apakah saya perlu lakukan dan sakit apa yang saya sedang hadapi

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • pedih ulu hati
  • Gastritis
  • Masalah salur darah (Aortic dissection/ subclavian artery dissection)Penyakit keresahan (Anxiety disorder)
  • Masalah salur darah jantung

Anda boleh melakukan pemeriksaan kesihatan yang lebih lanjut untuk mengenal pasti punca masalah anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 16 2020 02:53:55 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Kebas dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Kebas atau semut yang berlaku cepat kurang dari 3 minit. Berlaku pada bahagian tangan juga jika menggunakan handphone dalam jangka masa lama (30 minit ke atas) Hi, saya memang ada masalah kebas kaki daripada kecil. Tapi lately ni, kebas kaki berlaku dengan sangat cepat. Contohnya saya duduk simpul, tak kurang dari 3 minit memang kaki terasa semut/kebas… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Sakit belakang, kebas kaki , kaki jadi lemah dan jatuh tetiba umur saya 24 tahun, saya selalu sakit belakang bila terlalu sejuk dan stress dan kaki pun jadi kebas, bila jalan kaki jadi lemah dan jatuh tetiba. saya start sakit ni dari umur 15 tahun lepas ka… Baca lagi...
32 hari
Sulit
Kebas-kebas bahagian pinggang Kiri sampai paha Saya rasa kebas² bahagian pinggang sampai paha apa kah tu penyakit pinggang atau batu karang saya sering tahan kencing dan kurang minum air.Tapi say tak rasa sakit …saya tak selesa dengan kebas²… Baca lagi...
42 hari
Sulit
Sakit, bengkak dan kebas di tangan kiri sy berumur 32 tahun. sy mengalami sakit apabila nak genggam tangan atas sbb bengkak dan kebas di tangan kiri… adakah ini masalah serius? tq Baca lagi...
51 hari
Sulit
Kebas-kebas di kawasan belikat sebelah kiri saya seorang wanita berumur 26 tahun dan bekerja sebagai seorang kerani. Saya mengalami rasa kebas- kebas di kawasan tulang belikat sebelah kiri. Pada mulanya saya berfikir mungkin penat bekerja… Baca lagi...
3 jam
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi