Anonymous

2 tahun

Rasa lendir di hidung dan juga tekak

Saya wanita berusia 35 tahun. Saya mengalami masalah lendir di hidung dan juga di tekak sehingga saya rasa sukar menelan air liur. Kadangkala saya merasa sakit rasa kepala seperti migrain. Persoalan di sini, adakah saya mengalami sinus? Sebelum ini, pada tahun 2004 saya ada dapatkan rawatan resdung di klinik tetapi selepas itu saya tidak membuat rawatan susulan pula. Seingat saya, doktor tersebut Ada mengatakan masalah resdung saya teruk juga. Sekarang INI, apa patut saya buat ya?

Hai, terima kasih atas soalan anda.

Masalah sinus berlaku kebanyakannya adalah akibat bentuk rongga pernafasan iaitu hidung yang menyebabkan rongga tersebut mudah tersumbat. Contohnya sel rongga hidung yang sensitif menyebabkan bengkak apabila terkena partikel penyebab alergi, bentuk tulang rawan hidung yang bengkok dan bagi sesetengah pesakit mempunyai lebih rongga, menyebabkan laluan bendalir lebih kecil dan mudah tersumbat. Kadang kala, terdapat polip tumbuh di dalam rongga hidung turut menyebabkan masalah ini.

Untuk membantu masalah anda, antara perkara yang perlu dikenal pasti adalah penyebab masalah sinus anda. Bertemu doktor adalah amat disarankan bagi memastikan anda diperiksa dengan betul, penyebab masalah sinus dapat dikenal pasti dan dirawat. Doktor akan mengambil maklumat kesihatan anda terutamanya mengenai masalah sinus yang anda alami sejak kecil, membuat pemeriksaan dan ujian darah atau imej sekiranya perlu.

Sekiranya masalah sinus anda adalah disebabkan alergi, anda dinasihatkan untuk menghindari bahan yang dikenalpasti boleh menyebabkannya. Anda juga akan diberi preskripsi ubat bagi merawat anda sekiranya terdedah kepada bahan alergi. Sekiranya ia berpunca dari masalah bentuk rongga hidung anda, pembedahan kecil mungkin perlu dilakukan untuk merawat masalah ini. Sebagai contoh, sekiranya rongga hidung tersumbat disebabkan oleh polip, maka pembedahan kecil untuk membuang polip itu akan dilakukan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini ([DoctorOnCall](http:// www.doctoroncall.com.my/patient#/signup )) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)