
Sulit
4 tahun
Rasa mencucuk cucuk dan kesemutan
Saya lelaki berusia 31 tahun…saya menghidap penyakit ulcerative colitis dan gerd…beberapa kebelakangan ini,saya berasa kesemutan,sensasi terbakar Dan mencucuk cucuk di beberapa bahagian badan…kadang2 posisi rasa sensasi terbakar,kesemutan dan mencucuk cucuk ini bertukar posisi.sekejap di kaki sekajap di tangan…sekejap di belakang badan…saya ada baca penyakit gerd menyebabkan sensasi terbakar di ulu hati,tekak…Adakah penyakit gerd ini boleh menyebabkan rasa terbakar dan kesemutan di kebanyakan bahagian badan yang lain?.dan adakah penyakit ulcerative colitis dan gerd boleh menyebabkan masalah saraf?..

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa kesemutan / kebas di badan. Mengenai hubungan antara gejala kesemutan dan gerd, terdapat kajian yang menyelidik dan menyimpulkan ada sedikit sebanyak hubungannya. Kemudian, mengenai ulcerative collitis dan masalah saraf (neuropathy) masih belum ada kajian yang sempurna menyimpulkan hubungan kedua-dua masalah ini.
Namun begitu, kesemutan pada badan dapat disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kurang vitamin B, kurang aliran darah atau anemia ataupun faktor penyakit saraf seperti Multiple Sclerosis.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kesemutan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.