Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Rasa nak pitam dan sesak nafas ketika baring

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 20, 2021 7:20 PM

Sulit 35 hari

saya wanita berumur 23 tahun. sejak kebelakangan ni saya asyik rasa nak pitam bila tengah buat kerja pastu apabila malam ketika nak baring saya rasa macam sesak nafas. adakah itu tanda tanda anemia? sebab sebelum ni saya pernah pengsan dan doktor sah kan saya ada anemia.

Dr Sri Viknarajan 35 hari
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin tahu jika gejala anda adalah tanda-tanda anemia. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, anemia bermakna kekurangan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin berfungsi untuk membawa oksigen kepada sel-sel badan. Jika hemoglobin berkurangan, maka sel-sel badan tidak akan mempunyai oksigen yang mencukupi. Ia boleh menyebabkan anda mengalami gejala-gejala seperti :

  • Lemah
  • Keletihan
  • Sesak nafas
  • Pening
  • Muka atau kulit pucat
  • Jantung berdebar-debar
  • Kesejukan tangan dan kaki

Anda memaklumkan anda mengalami gejala sesak nafas ketika baring. Ini dinamakan orthopnea. Orthopnea boleh berlaku jika terdapat masalah pada jantung ataupun masalah tidur seperti ‘sleep apnea’, masalah obesiti, dan keresahan.

Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui jika gejala-gejala anda berpunca daripada masalah anemia ataupun masalah kesihatan lain. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Mon Sep 20 2021 19:20:38 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Neurologi tentang pitam secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian Swab PCR COVID-19 Ujian RTK COVID-19