Sulit
3 tahun
Rasa ngilu selepas buang air kecil
Hi, first of all sorry for the inappropriate word. I’m a 21 yo woman. Yesterday I keep feeling the urges to pee. But when I go to the loo, air kencing tu keluar sedikit sahaja and then ada rasa ngilu. I do not know what is the right word for it, but for sure it is ngilu. I wonder am I having the symptom of overactive bladder?
Today tak banyak kali sangat ke toilet, cause I kurangkn minum air. However, rasa ngilu selepas buang air kecil tu masih ada and it makes me feel more and more uneasy. And sometimes it berdenyut around my clit. I’m really feeling uncomfortable. I need help and advise. What medicine should I take? Please help me. Thank you doc.
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa ngilu ketika hendak membuang air kecil.
Anda juga mempunyai simptom Overactive bladder seperti yang anda perihalkan. Hal ini lazim berlaku kepada sesiapa yang sudah berumur. Kami memerlukan maklumat lanjut bagi mengetahui rawatan yang bersesuaian. Ketidakselesaan dan rasa berdenyut setelah membuang air kecil di tempat alat sulit memerlukan maklumat lanjut seperti pemeriksaan daripada doktor.
Sehubungan dengan itu, bagi mendapatkan jawapan yang tepat, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan segera kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, ia akan memudaratkan kesihatan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih