
Sulit
4 tahun
Rasa sakit perut setiap pagi
hai saya wanita berumur 16, setiap pagi saya akan rase sakit perut sehingga rasa mual, sakit tu akan berlaku lps subuh dan makin kurang pd pukul 10. saya ade letak minyak angin tpi tak kurangkan sakit saya pon. saya bukan jenis yg makan berat ketika sarapan, saya hanya makan roti atau kuih² sahaja, bila tgh hari baru makan nasi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut setiap pagi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini antaranya termasuk:
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel disease
- Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Stomach ulcer
- Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih