
aminurrasyidkadir
5 tahun
Rasa sentiasa pening dan ingin pengsan
Saya lelaki berumur 26 tahun. Saya ingin bertanyakan masalah berkaitan rasa sentiasa pening dan ingin pengsan seolah hilang keseimbangan badan. Awal terjadi ketika saya bermain badminton dan pengsan ketika bermain. Saya sangka kan adalah kerana masalah jantung, jadi saya buat pemeriksaan jantung. Doktor sahkan tiada masalah berkaitan jantung dan paru-paru. Setelah kejadian itu saya berehat dari melakukan aktiviti bersukan selama sebulan. Selepas sebulan saya kembali melakukan aktiviti sukan, selepas melakukan aktiviti sukan tersebut kepala saya mula berasa pening dan melayang. Dan ketika bermain saya dapat rasa kan sukar untuk bernafas. Saya sudah berasa pening dan melayang ni hampir 2 minggu tetapi tidak hilang. Jadi saya minta pandangan dari Dr. tentang apakah masalah yang sebenar saya hadapi ini. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pening berterusan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)
- Vertigo
- Acoustic neuroma
- Akibat trauma leher atau kepala
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.