
Sulit
5 tahun
Rasa seperti senggugut pada awal kehamilan
Dua bulan lepas saya gugur pd usia kandungan 1bulan lebih…sekarang saya pregnant semula…tp sy rasa kurang selesa pada perut ,kadang kadang rasa mcm senggugut ringan…normal ke tu doctor?terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti berapa minggu usia kehamilan sekarang, bagaimana dengan keluhan tambahan seperti mual, sakit perut dan sebagainya, serta apakah anda mempunyai komplikasi kehamilan seperti darah tinggi dan diabetes.
Merujuk kepada rasa senggugut yang anda alami, besar kemungkinan ia dapat terjadi disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Akibat adanya prostaglandin yang menyebabkan kontraksi otot rahim
- Kerana melakukan aktiviti harian yang berat atau mengangkat barang
- Akibat keguguran
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.