
Sulit
4 tahun
Rasa seperti susah untuk benafas
kenapa bila saya berada di bilik yang tertutup dan kipas atau penghawa dingin dimatikan saya rasa susah untuk bernafas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi, iaitu rasa seperti susah bernafas. Berdasarkan keterangan anda, untuk bernafas dengan selesa, anda perlu memastikan bahawa anda sentiasa berada di tempat yang mempunyai sistem penghawaan yang baik, seperti tingkap dibuka dan tidak duduk di tempat yang tertutup dan sempit dalam jangka masa yang lama. Bagaimanapun, untuk makluman anda, masalah ini juga boleh berpunca daripada pelbagai kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- penyakit jantung koronari
- heart failure
- asma
- COPD
- pneumonia
- pneumothorax
- Pulmonary embolism
- alahan
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor jika masalah ini berlarutan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih