
ialiefelman5683
5 tahun
Rasa seperti tidak puas bernafas
Saya lelaki umur 21 tahun…sebelum ini saya pernah mengalami rasa seperti bernafas tidak puas…saya tidak rasa seperti sukar bernafas,tapi yg saya rasa seperti bernafas tetapi oksigen tidak cukup…saya bagitahu kepada ibu saya, dan ibu saya bagitahu mungkin saya ada penyakit angin dalam badan…kerana ibu saya pernah mengalami penyakit yang sama sebelum ini, dan sudah mendapatkan rawatan…Dan ibu saya memberikan saya netrulizer tab…btw saya pernah mengalami gastritis…Soalan saya adakah benar apa yang ibu saya katakan atau saya mempunyai penyakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.