
Sulit
4 tahun
Rasa sepi , takut , stress dan depress :)
Saya remaja berumur 14 tahun…saya sering terasa sunyi , stress , depress , sakit (ia pon boleh mendatangkan perkara2 tersebut) dan rasa takut , tidak selamat,sunyi (saya rasa anxiety) secara tiba tiba atau panjang…dan memdatangkan lekara lebih bahaya…boleh doko terangkan saya sakit apa ??? saya ada listener dan mereka selalu membantu tapi disebabka perjarakan (sekolah) ia menjadikan saya ada rasa takut…sakit = migrain…tak dapat tahan asa sakitnya ")

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan ( depression )
- Keresahan ( anxiety )
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Ketidakseimbangan hormon
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana perkara ini berlarutan dan mengganggu kesihatan mental dan aktiviti harian anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.