
Sulit
4 tahun
Rawatan akar untuk gigi geraham
Adakah berbaloi untuk saya membuat rawatan akar gigi sekiranya gigi geraham saya sufah patah separuh dan adakah saya hanya perlu mencabutnya sahaja?adakah kesan sampingan membuat rawatan akar gigi?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah rawatan akar gigi geraham memerlukan pemeriksaan oleh doktor gigi untuk mengetahui rawatan yang diperlukan oleh pesakit kerana gejala yang dihadapi pesakit, kawasan gigi yang terjejas dan pelbagai faktor lain akan mempengaruhi pilihan rawatan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi. Hal ini kerana bidang pergigian adalah berbeza dengan bidang perubatan.
Untuk masalah perubatan, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.