Sulit
3 tahun
Resdung dan Luka dalam hidung
Saya Seorang Lelaki beumur 28tahun dan saya disahkan doktor mempunyai resdung , soalan saya ialah selepas saya makan ubat loratadine , saya merasa seperti ingin pitam , sakit kepala dan kekeringan bibir , adakah ini kesan sampingan yang selalu terjadi selepas memakan ubat loratadine?
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ubat loratadine.
Ubat loratadine adalah antihistamine yang sering digunakan untuk masalah anda. Secara umumnya kesan sampingan yang boleh anda alami adalah pening kepala, berasa hendak tidur atau mengantuk dan berasa berdebar-debar.
Jika anda berasa ingin pitam, anda boleh cuba untuk mendapatkan antihistamine yang kandungannya boleh menyebabkan anda tidak mengantuk selepas konsultasi dengan doktor. Pening kepala yang anda alami boleh anda rawati dengan meminum banyak air dan berehat. Jika anda berasa bibir kering, anda boleh rawati dengan meminum banyak air. Anda juga boleh tukar ubat yang anda ambil jika berasa tidak tahan dengan kesan sampingan yang anda alami.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.