Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Result RTK dan Self kit negatif, adakah bebas dari covid-19

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: September 12, 2021 3:58 PM

Sulit 41 hari

Hi doktor, saya dapat text dari rakan yg positif covid selepas 3 hari saya berjumpa dan bersembang dengan saya di depan pintu rumah selama 13-20 minit. Rakan yang positif memakai penutup muka kain dan saya tidak memakai penutup muka. Selepas itu saya terus buat ujian covid guna test kit di rumah. Kepurusan test kit negetif dan hari yang sama saya juga pergi ke klinik untuk buat ujian RTK. Keputusan juga negatif. Hari ini adalah hari ke4 selepas saya jumpa rakan dan saya sihat tanpa ada sebarang simptom. Dari situ adakah saya bebas dari covid-19 tanpa perlu buat ujian PCR.

Dr Sashini Seeni 41 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.

Berdasarkan terangan anda, anda adalah kontrak rapat dan berisiko untuk dijangkiti. Walaupun keputusan ujian anda sekarang adalah negatif, anda masih perlu kuarantin sendiri di rumah sepanjang 10 hari atau 2 minggu dan ulang semula ujian Covid selepas kuarantin untuk memastikan status anda.

Sebabnya dalam tahap awal jangkitan covid, jumlah virus tidak secukup untuk menunjukkan keputusan positif. Selain itu, sebanyak 50 peratus Covid positif masa kini adalah tidak bergejala. Untuk keselamatan anda serta orang sekitar anda, sila mengikuti SOP, pakai mask, rajin cuci tangan, jarakkan diri sama lain, dan ulang semula ujian Covid selepas habis kuarantin.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Sun Sep 12 2021 15:58:07 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian Swab PCR COVID-19 Ujian RTK COVID-19