
Sulit
3 tahun
Result upt kabur dan iucd
Sy wanita umur 23 tahun. Kalau ikut tarikh last period sptutnya dh 8 minggu kandungan. Semalam cek upt 11am 2line tapi agak kabur. Jam 3pm test ke 2, sama 2line agak terang dr yg 1st. Pagi ni 6am test ke 3, lebih kabur dr test ke 1 dan ke 2. Simptom mengandung ada, muntah, mual, kurang selera makan. Tapi sy juga menggunakan alat perancang iucd dari 07/2020. Minta penjelasan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda telah mengambil ujian UPT sebanyak tiga kali dan semua menunjukkan 2 line. Untuk makluman anda, ujian UPT mengesan hormon kehamilan, hCG dalam air kencing. Walaupun garisan yang ditunjukkan pada ujian UPT adalah kabur, ada kemungkinan untuk anda hamil.
Anda memaklumkan bahawa anda menggunakan alat perancang IUCD. Walaupun alat ini diggunakan untuk mencegah kehamilan, ada sedikit peluang untuk kehamilan. Namun kehamilan tersebut boleh berada di luar rahim (ectopic pregnancy) dan boleh meningkatkan risiko keguguran.
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya ujian tambahan boleh diambil untuk mengesahkan kehamilan anda. Nasihat seterusnya akan diberikan oleh doktor selepas mendapatkan keputusan.
Sekiranya anda mempunyai persoalaan lanjut mengenai perkara ini, anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ibu dan anak.