Sulit
2 tahun
Retina detachment (mata)
Saya wanita 38 tahun… Sy pernah menjalankan pembedahan mata kerana retina detachment dengan membuat sclerel bucker sehingga hari ini… Soalan sy boleh kah sy menggunakan contact lens kerana rabun mata dengan power 500.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, anda boleh pakai contact lens, sebab scleral buckle dilakukan untuk retina detachment adalah pembedahan dilakukan di bahagian belakang mata. Kornea di mana contact lens lekap tidak terjejas.
Walaubagaimanapun, anda mestilah menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas pembedahan, dan dapatkan kebenaran pakar bedah anda untuk pakai contact lens.
Selain itu, pembedahan scleral buckle biasanya akan menyebabkan kesan sampingan rabun jauh, di mana power anda ialah 500. Anda boleh bincang dengan doktor anda tentang cara menjaga penglihatan anda selepas pembedahan.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Mata.