
Sulit
5 tahun
Reverse Diabetes (diet low carb)
Saya disahkan mengidap diabetes baru baru ini. Doc memberi saya ubat Glumet DC 500mg. Bila saya buat low carb diet bolehkan saya berhenti mengambil ubat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, diet memainkan peranan yang sangat penting untuk merawat masalah kencing manis. Namun, anda tidak digalakkan untuk menghentikan ubat tanpa arahan doktor. Hal ini kerana sekiranya anda mengambil tindakan terburu-buru untuk menghentikan ubat diabetes anda, kadar gula dalam darah anda berpotensi untuk meningkat semula. Keputusan untuk menghentikan ubat anda harus dilakukan bersam dengan doktor anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.