Sulit
3 tahun
Risiko hamil selepas habis ubat perancang paket 1
Adakah Saya berisiko hamil jika bersama selepas hari ke 21 habis makan pil perancang…(sebelum datang haid)biasa haid hari ke 3 selepas habis ubat perancang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kemungkinan untuk menjadi hamil selepas melakukan hubungan intim adalah sangat tipis sekiranya anda mengambil pil perancang berterusan tanpa henti mengikut arahan preskripsi yang diberi oleh doktor.
Pil perancang selalunya disediakan dalam bentuk satu pek yang dihabiskan dalam tempoh satu bulan sebelum menggunakan pek yang baru. Ia mengandungi 28 pil dan 21 pil tersebut adalah pil yang aktif (mengandungi hormon) dan 7 pil peringatan (tanpa hormon) untuk memastikan anda tidak terlupa untuk mengambil pil perancang tersebut.
Kadangkala terdapat juga pil perancang yang mengandungi 21 pil yang di ambil selepas kitaran haid pertama. Pil perancang pek 21 biji perlu diambil selama 21 hari, dituruti dengan 7 hari tanpa pengambilan pil tersebut dan hubungan seks boleh dilakukan dalam tempoh 7 hari tersebut tanpa berlakunya kehamilan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.