
Anonymous
6 tahun
Ruam dan gatal di celah paha
sy 23. pada mulanya sy mmgalami ruam d celah paha. lama2 kelamaan menjadi gatal dan merah2. sy sapu ubat krim dan kulit pun mnjadi kering. adakah ia normal? atau perlu sapu ubat lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, ruam pada celah peha boleh berlaku kerana:
- Alergik Dermatitis Sentuhan
- Ekzema
- Kudis kulit (Scabies)
Ada pelbagai lagi punca ruam pada kulit dan hal ini memerlukan lebih maklumat. Anda boleh klik di sini
(DoctorOnCall) untuk bertanya secara privasi. Ubat sapuan yang dibekalkan oleh doktor/farmasi pada kebiasaannya akan menyebabkan kekeringan pada kawasan ruam. Namun jika ruam tersebut semakin teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera atau menghubungi kami di link atas.