
intansyafieka41
5 tahun
Ruam di seluruh badan
Saya wanita berusia 21 tahun. Dalam 3 minggu yang lepas, bintik2 merah mula naik di bahagian lengan sebelah kiri. Kemudian, ia bercantum dan menjadi satu bulatan merah. Saya menyangkakan bahawa itu adalah ringworm jadi saya menyapu ubat krim untuk ringworm. Kemudian, ia merebak sehingga ke seluruh badan, pinggul dan kaki. Saya telah berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan sebentar tadi tetapi doktor tersebut memberitahu saya bahawa kebanyakkan ruam tersebut telah menjadi parut, maka dia tidak boleh rujuk saya pada doktor pakar kulit. Saya telah menunjukkan beberapa bintik merah kecil menyatakan bahawa kelak ia akan bertambah dan seterusnya menjadi bulatan merah. Doktor tersebut masih berkata dia tidak boleh rujuk saya pada doktor pakar kulit kerana alasan yang sama. Doktor menjangkakan sama ada sama mempunyai HIV atau sifilis. Keputusan HIV saya negatif, keputusan sifilis pula akan diperoleh sebulan dari sekarang. Tetapi, sementara menunggu keputusan tersebut, bintik bintik merah ini tidak berhenti muncul. Yang lama menjadi parut, kemudian naik yang baru di tempat lain. Apa harus saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, adalah sukar untuk kami memberikan pendapat tentang ruam yang anda alami tanpa melihatnya. Anda boleh menghubungi kami secara atas talian melalui chat atau video call agar kami dapat bercakp dengan anda mengenai masalah kulit yang anda alami dengan lebih jelas.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.