
Sulit
5 tahun
Ruam muncul dan hilang
saya lelaki berusia 26 dah sudah diagnosis ada diabetes, kolesterol tinggi dan darah tinggi,
saya sudah ambik insulin dan makan ubat sudah 4 bulan, sekarang badan saya ada timbul ruam seperti elergy dan gatal, dan sesetengah ruam ada lilitan merah melingkar pada satu ruam yg timbul sebesar ibu jari terutama di bahagian perut, peha, sekitar lutut dan di lengan … tapi ruam ini akan hilang dengan sendiri selepas beberapa jam. setelah ke doktor, saya hanya dibekalkan ubat selsema dan losyen kulit gatal.
tapi saya risau kalao ada penyakit yg lebih serius

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ruam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat dari pemakaian produk yang salah
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.