Sulit
3 tahun
Rumah ni masalah dgn tikus, tikus bnyk x selalu masuk dlm rumah
Haii. Saya siti… Sy nk tnya pendapat doktor… Td sy nk mkn nasi.lepas tu saya letak pinggan di dapur, sy buat kerja lain… Kemudian sy pergi ambil nasi dan makan… Dh selesai mkn sya nk cuci pinggan sy perasan nasi sy di curi tikus…sbb nasi tu jatuh berpanjangan… Sy jd risau dan takut sbb tikus kan x bahaya…sy nk tnya pendapat doktir apa perlu saya buat… Susah hati pulak…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah dengan tikus yang anda hadapi. Untuk makluman anda, tikus merupakan haiwan perosak yang perlu dibasmi dan dihindari. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan yang boleh membahayakan kesihatan tubuh badan anda. Anda boleh membasmi haiwan tersebut dengan pelbagai cara seperti memasang perangkap tikus atau meletak racun tikus. Persekitaran rumah juga perlu dipastikan untuk sentiasa bersih seperti bersihkan semak samun (jika ada) supaya masalah ini dapat dibendung.
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- Demam panas
- Sakit kepala
- Sejuk kaki dan badan
- Cirit-birit
- Gatal-gatal
- Mata merah
- Kekuningan kulit dan mata (jaundice)
- Sakit otot
- Muntah
- Sakit abdomen
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih