Sulit
3 tahun
Runsing Hamil atau Tidak
Salam Sejahtera. Pada 29/9/2020 ada hari pertama period terakhir saya dan pada 14/10/2020 Ada spotting di mana darah hanya keluar ketika saya membuang air kecil dan kuantitinya sangat sedikit. Ia berlanjutan selama 7 Hari secara on and off. Yang merunsingkan saya payudara saya ada mengeluarkan susu. Ini membuatkan saya berasa risau dan terus ke klinik swasta untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut. Saya ada menerangkan pada Doktor yang saya pernah buat UPT sebanyak 3 Kali tetapi semuanya hampa,negatif. Doktor menyarankan untuk membuat ultrasound. Dari situ Doktor menyatakan saya Hamil kembar dan kandungan berusia 4 minggu 5 hari. Saya diberi asid folik untuk sebulan dan diberi tarikh baru untuk memeriksa kandungan iaitu para 12/12/2020. Tetapi pada 25/10/2020 saya tergerak hati untuk ke klinik lain untuk membuat ujian ultrasound Dan Doktor tersebut menyatakan Rahim saya kosong,tebal dan haid saya akan keluar tidak lama lagi. Adakah perkara ini boleh berlaku bila melakukakan imbasan ultrasound? Doktor Dari kl
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk membuat scan semula untuk mendapatkan kepastian. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan penggunaan ultrasound tidak dapat mengesan bayi dalam kandungan:
- kesalahan pegguna ultrasound (technician error) - di mana individu yang melakukan ultrasound telah membuat kesilapan
- obesiti - obesiti boleh menyebabkan keputusan ultrasound tidak tepat sebanyak 50%
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.