Sulit
3 tahun
Sakit badan dan kulit sebelah kiri dari atas pinggang sampai sebelum ketiak
Saya wanita umur 25 dan telah berkahwin 4 bulan lepas. Saya sakit dari semalam. Kulit di bahagian tersebut sensitif sakit bila disentuh.
Kadang² rasa sakit seperti dicucuk² selama sesaat, random di bahagian tersebut (tak pasti otot, tulang rusuk atau organ dalaman). Kadang² sakit dada sebelah kiri depan seperti dicucuk sesaat. Family saya tiada sejarah sakit jantung, tapi ayah saya penghisap rokok.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot yang terseliuh
- Ketegangan otot
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar seperti:
- jangkitan paru-paru
- masalah jantung
- masalah perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.