
Sulit
5 tahun
Sakit badan simptom covid?
Saya berusia 34 tahun.baru pulang dr Jepun semalam selepas 10 hari di sana. Saya tidak demam tetapi saya sakit-sakit badan especially on left side of body. Tidak ada shortness of breath tetapi there’s heaviness in chest area. Saya difahamkan hospital KKM akan hanya melayan mereka yang ada simptom untuk ujian saringan COVID. Perlu ke saya ke hospital berdekatan untuk saringan? Thank you.

5 tahun
Terima kasih atas soalan yang anda ajukan. Sekarang kita sedang mengalami wabak COVID-19. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Memandangkan anda baru pulang dari Jepun dan mengalami gejala seperti sakit dada dan sakit badan, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Walaubagaimanaoun gejala yang anda alami bukanlah gejala yang sering dialami oleh pesakit COVID-19. Gejala anda boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Diharap jawapan saya dapat sedikit sebanyak membantu anda.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini