
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian belakang,dada dan pinggang kiri
Hai doktor , saya pelajar perempuan yang berumur 19 tahun , baru baru ini saya merasa kesakitan bahagian tulang belakang sejak 2 bulan yang lalu dan diikuti dengan sakit dada dan sakit pinggang bahagian kiri.Pada setiap bulan saya akan merasa ketiga tiga rasa tersebut secara serentak , dan rasa tersebut mula hilang setelah 3 ke 6 hari kemudian .Ini turut belaku setiap bulan dan akan hilang sendirinya. Rasa sakit ketara adalah apabila saya baring ,tulang belakang saya terasa sakit seolah olah tulang saya bergerak, dan apabila saya berdiri atau melakukan sesuatu aktiviti rasa sakit dada dan pinggang saya akan mula rasa sakit.Apa yang perlu sya lakukan doktor ? Saya juga belum pernah berjumpa mana mana klinik atau hospital.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dan lenguh di bahagian belakang badan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- otot kejang / muscle spasm
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- Masalah saraf
- Masalah jantung
- Radang selaput dada (costochondritis)
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom seperti:
- Kesukaran bernafas
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!